01 April 2010
13 Mac 2010
Tarikh : 2/1/2010 ( Kenduri Kanda Zaiton ain)
Masa : Selepas Asar 4.30. ptg
Tempat : Surau Taman Intan, Bagan serai, Perak
1. Perutusan pengerusi
2.Persetujuan Lantikan Jawatankuasa baru
i. Setiausaha : Zaiton binti Ain digantikan dengan Mohd Zaid Ain
3. Lantikan jawatankuasa kecil
i. J/kuasa laman web / networking
Laman web/blogger/email dll
ii. J/kuasa pembangunan syarikat
Kursus ahli keluarga/salasilah keluarga/ pembangunan syarikat dll
4. Pengumpulan data keluarga Ain & Jariah
5. Sumbangan dana bulanan
6. Laporan Bendahari
7. Pembentangan idea dan cadangan keluarga
i. Cadangan membina lot rumah kedai – Kanda Mohd Nor
8. Lain-lain hal
9. Penanguhan mesyuarat
MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA
Tarikh : 2/1/2010 (Sabtu) (Kenduri Kahwin Kanda Zaiton)
Masa : Selepas asar (5.00 ptg)
Tempat : Perkarangan Rumah Kanda Zaiton
Kehadiran ;
1. Abd Halim bin Ain - Pengerusi
2. Mohd Nor bin Ain - Timbalan Pengerusi
3. Mohd Zaid bin Ain @ Ibrahim - Setiausaha
4. Abd Rahman bin Ain - Bendahari
5. Hasnah bte Ain - Ahli Jawatankuasa
6. Zaiton bte Ain - Ahli Jawatankuasa
7. Mohd Radzi bin Ain @ Ibrahim - Ahli Jawatankuasa
8. Normahani bte Ain - Ahli Jawatankuasa
9. Abd Manan bin Ain - Ahli Jawatankuasa
10. Roslan bin Rasid
11. Mohd Saufi bin Mohd Radzi
12. Mohd Faizal bin Kamarudin
13. Kamarusni bin Kamarudin
14. Mior Mahzan bin Mior Samsudin
15. Muhammad Izudin bin Ismail
16. Rosmawati bin Kamarudin
| BIL | PERKARA | TINDAKAN |
| 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. | Perutusan Pengerusi 1.1 Pengerusi memulakan dangan umul-kitab mengalu-alukan kedatangan semua ahli kemesyuarat kali pertama ini dan memeriahkan majlis kenduri kanda Zaiton. 1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Mior Mahzan setelah selamat mendirikan rumah tangga dan mendoakan agar perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. 1.3 Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini adalah berlainan daripada mesyuarat yang lepas-lepas kerana kali ini membincangkan perkembangan syarikat yang telah ditubuhkan sebelum ini. Yang mana perlu diambil berat dari semua aspek bagi pekembangan syarikat. Syarikat yang maksudkan adalah AIN MAJU ENTERPRISE. Persetujuan lantikan ahli jawatankuasa baru 2.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik kanda Mohd Zaid bin Ain @ Ibrahim sebagai Setiausaha mengantikan kanda Zaiton bte Ain berkuatkuasa 26/12/2009 yang lepas. Lantikan jawatankuasa kecil perlaksana 3.1 Jawatankuasa laman web/networking. Mesyuarat bersetuju melantik anakanda Fatimah Azila bte Abd Halim dan Norshamie bin Mohd Nor sebagai pembina laman web dan lain-lain yang berkaitan kerana kebolehan mereka. Pengerusi menambah bahawa laman web atau seumpamanya adalah penting bagi ahli keluarga berhubung, mendengar pandangan, bertukar fikiran dan maklumat, perkembangan syarikat dan lain-lain yang dapat mengeratkan lagi kekeluargaan yang agak besar ini. Dengan ini akan lahir perasaan kekitaan dan tanggungjawab pada syarikat yang dibina ini. Dengan ini diminta semua ahli keluarga sama-sama memberi sumbangan idea kearah itu. 3.2 Jawatankuasa pembangunan keluarga. Bertanggungjawab bagi kursus, seminar dan lain-lain yang boleh memberi menafaat kepada syarikat dan ahli keluarga dengan cara menghantar ahli keluarga menambah ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Contohnya, menghantar ahli keluarga ke kursus pengurusan jenazah, kewangan dan lain-lain. Pengerusi telah menetapkan Setiausaha melantik dari kalangan ahli yang berkebolehan bagi melaksanakan tangungjawab ini dan membantu dalam pelaksanaanya. 3.3 Pengerusi memaklumkan agar melantik 2 orang Juruaudit bagi syarikat supaya syarat yang kenakan oleh SSM dipatuhi. Mesyuarat telah memutuskan melantik Anakanda Mohd Saufi bin Mohd Radzi dan Mohd Faizal bin Kamarudin sebagai juru audit berkuatkuasa sertamerta. Pengumpulan dana bulanan 4.1 Maklumbalas dari ahli keluarga yang akan menyumbang hanya 3 orang iaitu anakanda Kamarusni bin Kamarudin sebanyak RM 30, kanda Abd Rahman bin Ain RM 30 dan Mohd Zaid Ain RM 30 bagi ahli keluarga yang lain akan menyumbang pada hujung bulan Januari akan datang. 4.2 Pengerusi meminta semua ahli menyumbang kepada syarikat agar aktiviti dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sumbangan merupakan keikhlasan ahli bukan paksaan dengan ini ahli boleh menyumbang mengikut kemampuan sendiri. 4.3 Pengerusi meminta Bendahari mengingatkan ahli pada setiap hujung bulan agar menyumbang ke akaun syarikat. Pengumpulan data/maklumat ahli keluarga 5.1 Setiausaha memaklumkan ahli keluarga yang tidak mempunyai penambahan dan kekurangan bilangan ahli keluarga tidak perlu mengisi borang yang diedarkan sebelum ini. Buat masa ini anakanda Kamarusni, Mior Mahzan, Wan Norhafizah, Norshamie, Mohd Wafi dan lain-lain perlu mengisi borang kerana terdapat penambahan di dalam isi keluarga mereka. Laporan bendahari 6.1 Bendahari melaporkan kewangan yang terkumpul adalah dari hasil tanah sawah, pungutan ahli keluarga terdahulu dan lain-lain hasil usaha dari kanda Hasnah. Jumlah terkumpul adalah RM . Pembentangan idea dan cadangan 7.1 Setiausaha memaklumkan terdapat satu cadangan yang telah dikemukakan oleh kanda Mohd Nor sebelum ini. Cadangan ini adalah mendirikan sebuah kedai untuk kegunaan syarikat dan peniagaan di Lot 7650, Telok Medan, Mukim Bagan Serai, Perak. 7.2 Setiausaha telah membaca kertas cadangan yang telah dikemukakan oleh kanda Mohd Nor dengan beberapa pindaan telah dibuat. Lihat Lampiran ’A’. 7.3 Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan ini dan sebulat suara akan membantu dalam pembinaan projek ini dari segi tenaga, kewangan dan buah fikiran. 7.4 Mesyuarat bersetuju menetapkan ’Person Incharge’ dalam pembinaan projek ini adalah kanda Mohd Nor kerana beliau mempunyai kepakaran dalam pembinaan bangunan dan dibantu oleh setiausaha dan bendahari serta anakanda Mohd Faizal dan lain-lain dari ahli keluarga. 7.5 Pengerusi memaklumkan agar persediaan rapi dibuat sebelum projek dijalankan agar pembinaan akan berjalan dengan lancar tanpa terdapat masalah. Persediaan ini adalah ; i. Pembelian barang-barang keperluan ii. Pembelian peralatan untuk pembinaan iii. Jadual progress/pelaksanaan iv. Tambahan kewangan v. Stor penyimpanan barang dan peralatan vi. Plan pembinaan vii. Bekalan elektrik ada air viii. Dan lain-lain yang difikirkan perlu Lain-lain hal 8.1 Kanda Abd. Rahman memberi cadangan bahawa tanah sawah kampung kedah perlu dipajak untuk mencari dana bagi perjalanan aktiviti syarikat. Pengerusi meminta kanda Rahman dan kanda Hasnah menemui pengusaha tanah berkenaan dan berbincang kadar pajakan yang harus ditetapkan kepada pengusaha berkenaan. 8.2 Kanda Mohd Zaid mohon penjelasan status tanah sawah di jalan Pek Tua yang mana tidak tahu status yang sebenar. Sebelum ini tidak tahu keujudan tanah tersebut sehingga pihak TNB mengambil sebahagian dari tanah berkenaan pada tahun 2009 yang lepas. Pengerusi memohon agar kanda Abd Rahman menyemak status tanah berkenaan di pejabat tanah yang berdekatan dengan mengambil maklumat tanah kepada waris Tok Tam, Tok Cik dan Tok Su. 8.3 Anakanda Mohd Faizal memohon kebenaran untuk membuat ’Bisness Card’ untuk kegunaan beliau menjalankan aktiviti perniagaan diatas nama syarikat. Pengerusi bersetuju dengan pemohonan ini dan segala transaksi kewangan akan melalui Bendahari syarikat dan syarikat mengenakan bayaran perkhidmatan senayak 10% dari hasil perniagaan. Penanguhan mesyuarat 9.1 Pengerusi megucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan idea dan cadangan sepanjang perjalanan mesyuarat ini. Moga syarikat yang dibinakan berkembangan diatas sumbangan tenaga dan buah fikiran semua ahli dan maju disebabkan oleh ahli keluarganya yang bersatu padu. 9.2 Pengerusi memaklumkan mesyuarat akan datang dibuat pada bulan Mac sempena kenduri di rumah kanda Mohd Radzi di Putrajaya. 9.3 Mesyuarat ditanguhkan jam 7.05 pm. Disediakan oleh. Disemak oleh. Mohd Zaid Ain @ Ibrahim Abd. Halim Ain Setiausaha Pengerusi | Makluman Makluman Semua ahli keluarga Makluman Faimah Azila Norshamie Semua ahli keluarga Setiausaha Semua ahli keluarga Semua ahli kelurga Bendahari Makluman Makluman Makluman Makluman Perlu mendapat resolusi dari semua 9 ahli syarikat Ain Maju Enterprise Semua ahli Kanda Mohd Nor dan Semua ahli keluarga Kanda Mohd Nor Kanda Hasnah & Abd. Rahman Kanda Abd. Rahman Bendahari |
Lampiran ‘A’
|
| AIN MAJU NO 88. BATU 14 TELOK 34300 BAGAN SERAI PERAK PG0250405-A | Tel : 019-4116861/019-5421470 Fax : Email : ainmaju08@yahoo.com Laman Web : |
| ************************************************************************************************** | ||
| RESOLUSI JAWATANKUASA SYARIKAT | KERTAS KERJA NO : 1 / 2010 |
| TAJUK | KATEGORI | PENCADANG | |
| Cadangan mendirikan LOT kedai di atas lot 7650, TELUK MEDAN, Mukim Bagan Serai, PERAK untuk Syarikat Ain Maju Enterprise | Keputusan | X | MOHD NOR BIN AIN |
| 1. TUJUAN | Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Syarikat bagi melaksanakan kerja-kerja mendirikan lot kedai di atas lot 7650, Teluk Medan, Mukim Bagan Serai, Perak untuk Syarikat Ain Maju Enterprise. |
| 2. LATAR BELAKANG PROJEK | Idea untuk mendirikan lot kedai dan rumah sewa telah mula dicadangkan pada tahun 1992 dan idea ini terus dibincangkan. Pada tahun 2000 surat cadangan untuk mendirikan rumah sewa telah diedarkan kepada semua ahli keluarga berserta pelan, jadual kerja dan kosting. Pada tahun ini 2009, kerja pegging untuk 3 buah rumah sewa dan dua buah kedai telah dilaksanakan. Sebutharga telah diterima dari kontraktor. Harga paling rendah untuk sebuah rumah sewa adalah RM50,000. Semua ahli dan keluarga terlibat dengan cadangan ini dengan memberi idea dan tenaga. Ini bermakna cadangan ini hampir mencapai matlamat. Untuk mendirikan 3 buah rumah sewa dan 2 buah kedai sekaligus, modalnya terlalu besar. Maka adalah dicadangkan supaya buat permulaan didirikan sebuah kedai berukuran 20’ x 40’ lengkap dengan sebuah pejabat syarikat di dalamnya. Pembinaan kedai ini adalah sebagai memenuhi tanggungjawab meningkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan keluarga Ain. |
| | |
| 3. TUJUAN PROJEK | 1. Menyewa kepada usahawan pakaian sediaada yang terdiri dari anak ahli syarikat ini. 2. Menempatkan pejabat operasi syarikat. 3. Menjual barangan yang berkaitan dengan perniagaan pakaian. 4. Punca pendapatan kepada syarikat. |
| 4. SKOP KERJA | 1. 100% diserahkan kepada kontraktor. ATAU 2. Sebahagian kerja binaan diserahkan kepada kontraktor dan sebahagian yang lain dilaksanakan secara bersama dengan menyediakan tenaga kerja sendiri, bahan dan peralatan kerja seperti berikut: a) Kerja RC Concrete – Kontraktor b) Konkrit lantai – sendiri c) Dinding bata, pintu dan tingkap – sendiri d) Melepa – Kontraktor e) Pemasangan bumbung – Kontraktor f) Pendawaian elektrik – sendiri g) Pemasangan paip air – sendiri |
| 5. PEMBIAYAAN PROJEK | a) Perbelanjaan ditanggung oleh syarikat. Dalam mesyuarat tergempar pada 26.12.2009 dirumah Kanda Hasnah, semua ahli telah memberi komitmen untuk mencarum setiap bulan mulai Januari 2010. Mengikut perkiraan, caruman bulanan ahli sediaada sekiranya minimum RM20/bulan, untuk satu bulan wang terkumpul sebanyak RM180, untuk satu tahun wang terkumpul RM2,160. Sekiranya dicampur dengan lain-lain pendapatan setahun lebih kurang RM3,500. b) Pinjaman Bank. Dengan modal dan caruman bulanan yang ada kemungkinan mendapat pinjaman bank adalah positif. |
| | |
| 6. PENDAPATAN DARI PROJEK | Adalah dicadangkan pendapatan dari projek kedai ini seperti berikut: 1. Memberi sewa percuma selama 6 bulan kepada penyewa. 2. Mengenakan sewa RM100 sebulan selepas 6 bulan hingga setahun. 3. Selepas satu tahun syarikat akan tentukan kadar sewa. |
| 7. TAWARAN SEBUTHARGA | Tawaran sebutharga telah diterima daripada 3 orang kontraktor dan tawaran yang terendah adalah RM50,000 bagi sebuah rumah/kedai. |
| 8. ANALISA TENDER | Setelah dianalisa harga tawaran kontraktor tidak sepadan dengan wang syarikat yang terkumpul, maka dicadangkan supaya skop kerja ke-2 seperti di atas di terima pakai kerana kos mendirikan sendiri boleh dikurangkan sehingga RM30,000 untuk sebuah kedai. |
| Disediakan oleh: Disemak oleh: Setiausaha Pengerusi Mohd Zaid bin Ain Abd Halim bin Ain |
| 9. KETETAPAN | Jawatankuasa syarikat adalah dipohon untuk meluluskan cadangan mendirikan kedai dengan skop kerja ke-2 (sebahagian dilaksanakan oleh kontraktor dan sebahagian dilaksanakan sendiri) dengan kos RM30,000 untuk sebuah kedai dan tempoh siap kerja selama 6 bulan. |
| NAMA JAWATANKUASA | RESOLUSI | TANDATANGAN |
| 1. HASNAH BT AIN | Dipersetujui/ tidak dipersetujui | |
| 2. ABDUL HALIM BIN AIN | Dipersetujui/ tidak dipersetujui | |
| 3. MOHD NOR BIN AIN | Dipersetujui/ tidak dipersetujui | |
| 4. ZAITON BINTI AIN | Dipersetujui/ tidak dipersetujui | |
| 5. MOHD RADZI BIN AIN @ IBRAHIM | Dipersetujui/ tidak dipersetujui | |
| 6. NORMAHANI BT AIN | Dipersetujui/ tidak dipersetujui | |
| 7. ABDUL RAHMAN BIN AIN | Dipersetujui/ tidak dipersetujui | |
| 8. ABDUL MANAN BIN AIN | Dipersetujui/ tidak dipersetujui | |
| 9. MOHD ZAID BIN AIN @ IBRAHIM | Dipersetujui/ tidak dipersetujui | |

